3:06 AM -
Posted by Daddy Lib -
Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia..... .
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"
TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya..
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak!!!
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........ . .
TAKWA DAN BERAKHLAK MULIA
Para sahabat bertanya,"Apakah perlakuan yang paling banyak memasukkan sseorang ke dalam SYURGA?" Jawab Baginda"Taqwa & berakhlak mulia ."
Kemudian mereka bertanya tentang perlakuan yang banyak memasukkan seseorang ke dalam NERAKA. Baginda menjawab"Kejahatan mulut & kemaluan." --Al-hadith- -
Hadith riwayat At-tirmidzi "Tidak ada yg paling berat pada timbangan melainkan akhlak yang baik. Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan seperti matahari mencairkan air yang beku." Sebaik-baik kekayaan adalah kekayaan jiwa, Sebaik-baik bekal adalah taqwa, Seburuk-buruk buta adalah buta hati, Paling besar dosa adalah dusta, Paling buruk mata pncarian adalah riba, Paling buruk makanan adalah memakan harta anak yatim..
DARJAT PEMBACA Al-QURAN :
1)Jutawan - membaca 300-1000 ayat sehari
2)Jayawan - membaca 200-299 ayat sehari
3)Setiawan - membaca 100-199 ayat sehari
4)Pemelihara - membaca 50-99 ayat sehari
5)Yang Ingat - membaca 10-49 ayat sehari
6)Yang lalai - membaca 0-9 ayat sehari
--Petikan dari buku HIDUP BERTAQWA oleh Dato' Ismail Kamus-
Hadith riwayat Ahmad "Perbaharukan iman kamu....!!! Sahabat bertanya: Bagaimana kami hendak perbaharui iman kami..?? Baginda menjawab:Banyakkan menyebut LAAILAAHAILLALLAH..!!"
Most beautiful word - Allah
Most beautiful song - Azan & Zikir
Most powerful weapon - Doa
World perfect encyclopedia - Al-Quran
Best excercise - Solat/Prayer
Best diet - Fasting
UBAT HATI :-
1)Membaca Al-Quran bersama tafsirnya
2)Solat malam @ Qiamullail
3)Berkumpul @ Bergaul dgn orang2 yang soleh
4)Banyakkan berpuasa
5)Zikir malam berpanjangan
--Petikan dari Syair Jawa--
"Islam mengagungkan ilmu;mencarinya sebagai ibadah, belajarnya sebagai tasbih, menelitinya sebagai ijtihad, & mengajarnya kepada org lain sebagai suatu sedekah." Sayyid Sabiq(Ulama kontemporari Mesir) Who I Want to Meet:
Surah Al-Baqarah ayat 208 "Hai orang2 yang beriman,masuklah kamu ke dalam ISLAM secara keseluruhannya & janganlah kamu turuti langkah2 Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Surah Muhammad Ayat 7 "Hai orang2 yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu & meneguhkan kedudukanmu. "
Surah Ad-Dzaariyaat ayat 56 "Dan tidak Ku jadikan jin & manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada Ku."
Surah Ar-Ra'du ayat 28 "Orang2 yang beriman & hati mereka tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
Surah Al-Hujuraat ayat 10 "Sesungguhnya orang2 mukmin itu adalah bersaudara maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu & bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmatnya."
Surah Al-Israa' ayat 44 "Langit yang 7, bumi & segala yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. & tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."
LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu SYIRIK terhadap Allah s.w.t., MEMBUNUH orang tanpa hak, membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim, LARI DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN dan SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN" (Riwayat Ahmad)
DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN
Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)
SEMBAHYANG LIMA WAKTU
Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SEMBAHYANG itu adalah perkara pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!! Jika BAIK maka baiklah segala amalan!!! Jika BURUK maka buruklah segala amalan!!!
JAGALAH SEMBAHYANG ITU IBARAT - NYAWA KAMU SENDIRI!!!
Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua.....
PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam.
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4.. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan..
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Dari Asma' Binti Abu Bakar ra , katanya dia datang kepada Rasulullah saw lantas baginda bersabda, "Janganlah engkau menahan-nahan (harta),maka Allah akan menahannya pula darimu. Kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu. "
Sahih Bukhari II, Kitab Zakat.
· Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
AMINNN//////
1:17 AM -
Posted by Daddy Lib -
From: refcenter@hdcglobal.com
Subject: re: Fw: produk halal tapi haram?
To: "Abdul Khalib"
Cc: alias@hdcglobal.com, mitiz@hdcglobal.com
Date: Friday, May 29, 2009, 1:43 AM
Salam En. Abdul Khalib,
Terima kasih dan merujuk pada email yang telah dihantar kepada pihak kami. Sebagai makluman e-mail yg dihantar ini adalah email fitnah yang telah disebarkan sebelum ini, rasanya sebelum tahun 1980 an lagi dalam pelbagai bentuk seperti surat barantai, email dan sebagainya.
Pihak JAKIM telah menjawab isu ini dan pernah disiarkan dalam surat khabar . Tuan boleh rujuk pada JAKIM untuk maklumat secara terperinci.
Email ini dibuat oleh pihak yang tidak bertanggujawab dengan mengadakan pelbagai cerita rekaan bagi menguatkan fitnah. Terdapat beberapa keraguan secara jelas seperti:
1. Tiada kajian yang dikeluarkan secara rasmi mengenai pengunaan produk tersebut oleh mana-mana Universiti i. Pengadu mendakwa kajian oleh semua Universiti tetapi hanya Universiti Putra sahaja yang mempunyai Makmal Kajian Produk Halal dan bukan semua Universiti menawakan bidang teknologi makanan.
2. Nama Dr Rasheed Mos tak pernah wujud di UM.
3. Tiada satu kementerian yang bernama seperti dalam email ini (dakwaan kementerian yang membuat kajian) seperti MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. (Jab. Kamajuan Islam Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia adalah)
Tuan boleh merujuk pada laman HDC/JAKIM sepeti berikut bagi mendapatkan senarai produk yang telah disahkan halal http://e-halal.hdcglobal.com/www.hdcglobal.com/www.halal.gov.my.
Namun pihak kami cuba memberi sedikit penjelasan mengenai soalan/produk yang disenaraikan:
1. Minyak Masak Lam soon - telah disahkan Halal oleh JAKIM/HDC
2. Ubat Pearl Cream - Tidak pernah memohon sijil Halal Malaysia.
3. Aji no moto - telah disahkan Halal oleh JAKIM/HDC
4. Ais Cream samada bawah /atas RM1.00 pun tiada masaalah nak makan , asalkan ada sijil pengesahan Halal kita
5. Tauhu- Banyak syarikat yang ada sijil halal
6. Sabun dan lotion badan Lux -produk ini tak memohon sijil
- produk sebegini kalau di Malaysia menggunakan lemak tumbuhan kerana murah dan kualiti ie palm oil . Cuma kalau di luar Negara takut mereka gunakan tallow/lemak lembu yg tak disembelih
7. Sabun Fab berbuku- tidak memohon sijil halal
8. Lobak jeruk- tiada memohon sijil halal
9. Mee dan kuey teow basah - ada beberapa kilang di Malaysia yang telah mendapat sijil halal.
10. Krim H/Snow - Tidak pernah memohon sijil Halal Malaysia.
Senarai yg dikatakan mengandungi (kulit babi , uri dll)
- Item no 1, 2, 4,10 & 12 -semuanya ok jika telah mendapat sijil halal Malaysia
- Item yang lain tidak boleh saya jawab kerana mereka tidak memohon halal pihak kami.
Senarai barang mengandungi gelatin(lemak babi & binatang tidak halal)
-Item no 2,3,16,17 &21 boleh dimakan jika syarikat yang mengilang telah mendapat sijil pengesahan halal
Senarai barang yang mengandungi alcohol
- kesemua yang disenaraikan tidak memohon sijil halal HDC/JAKIM , pihak kami tiada data mengenai maklumat tersebut.
Pihak kami hanya mempunyai data syarikat yang pernah memohon sijil halal sahaja. Tidak bermakna produk yang tidak mempunyai sijil halal diketogerikan sebagai haram atau tidak boleh digunakan.
Marilah kita sama-sama membantu tidak menyebarkan email fitnah ini kerana berdasarkan keedah fekah sesuatu perkara tidak akan dihukum haram selagi tiada dalil keharamannya secara jelas. Wallahualam....
Kami amat menghargai sekiranya pihak tuan / puan dapat memberikan kepada kami butir- butir penuh. (nama syarikat atau nama pihak individual / alamat / no. telefon & no. faks / email / laman web)
Encik/Puan adalah penting bagi kami dan kami ingin menyimpan segala maklumat di dalam data simpanan kami bagi tujuan komunikasi / maklumat rujukan.
Sekian dan ribuan terima kasih atas kerjasama
Halal Industry Development Corporation
5.02 Level 5,
KPMG Tower, First Avenue
Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama
47800 Petaling Jaya, Selangor
MALAYSIA
Tel : 603.7965 5555 Fax : 603.7965 5500
Hotline : 1800-880-555
www.hdcglobal.com
--------------------------------------------------------------------------------
The information contained in this message is intended only for the recipient, and may be a confidential communication or may otherwise be privileged and confidential and protected from disclosure. If the reader of this message is not the intended recipient, or an employee or agent responsible for delivering this message to the intended recipient, please be aware that any dissemination or copying of this communication is strictly prohibited. If you have received this communication in error, please immediately notify us by replying to the message and deleting it from your computer. Halal Industry Development Corporation (HDC) reserves the right, subject to applicable local law, to monitor and review the content of any electronic message or information sent to or from HDC employee e-mail addresses without informing the sender or recipient of the message.
--------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------
From: "Abdul Khalib"
Sent: Thursday, May 28, 2009 6:24 PM
To: refcenter@hdcglobal.com
Subject: Fw: produk halal tapi haram?
Assalamualaikum,
Saya telah menerima email seperti di bawah ini daripada salah seorang rakan. Sebagai pengguna, saya inginkan kepastian daripada pihak Tuan/Puan tentang kesahihan email ini.Terutamanya barang kegunaan harian seperti Sabun mandi LUX, kerana banyak restoran meletakkan sabun ini ketika membasuh tangan di sinki.
Terima Kasih.
Abdul Khalib
26 Mac 2009
PRODUK HALAL TAPI HARAM?
RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3.. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5.. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol )
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14. Beehon Segera Siam
> 15. Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly
> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan di atas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Ends................
Read more...
Posted by HJ. ISMAIL OTHMAN at 19:51
2:15 AM -
Posted by Daddy Lib -
IBU MISALI
OLEH NORHASHIMAH HASHIM
PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?
Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."
Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"
"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."
"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an.. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya
"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka.. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.
"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."
"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.
"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "
"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."
"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."
"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak.. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."
"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."
"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.
Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."
"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."
"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."
"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."
"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "
"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."
"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."
"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka.. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"
Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.
"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."
Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.
"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.
Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"
Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.
Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.
"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "
"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."
"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"
"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."
"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
Gadis itu menyambung bicaranya.. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.
"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."
"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."
"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."
"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "
Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.
Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu.. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.
(Dewan Sastera Mei 2000)
9:30 AM -
Posted by Daddy Lib -
Ingatlah pengorbanan ibuuuuu....
Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja... aku dekati mak
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk... yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mak
Bila takut... yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mak
Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mak
Bila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mak
Yang selalu berleter kat aku.. . Mak
Yang selalu puji aku.. Mak
Yang selalu nasihat aku.. .Mak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Mak
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Mak
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Mak
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku terlupa pada Mak
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Mak
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Mak
Renungkan:
Dulu Mak pernah kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata. Hari ini kalau Mak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
ingatlah pengorbanan ibuuuuu....